viral terkini , berita sensasi, berita terkini dari dalam dan luar negara
VIRAL HOT
LIKE AND SHARE
Sunday, 24 January 2016
Brunei telah mengharamkan penjualan dua produk keluaran Qu Puteh kerana didapati mengandungi bahan berbahaya.
PETALING JAYA: Brunei telah mengharamkan penjualan dua produk keluaran Qu Puteh kerana didapati mengandungi bahan berbahaya.
Dua produk berkenaan adalah krim kosmetik pemutih Qu Puteh Pro 9 dan kosmetik Qu Puteh Whitening UV Block didapati mengandungi raksa (merkuri)
Memetik laporan portal The Brunei Times, kementerian kesihatan negara itu menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah membuat ujikaji terhadap produk tersebut menerusi Bahagian Kawalan Kualiti Dadah di bawah Jabatan Perkhidmatan Farmasi.
Raksa, bahan yang diharamkan dalam kosmetik, boleh menyebabkan ruam kulit, kehilangan ingatan, lemah otot dan kerosakan kepada otak dan buah pinggang.
Kementerian itu turut memberi amaran kepada mereka yang terlibat dalam penjualan produk itu termasuk peruncit dalam talian bahawa penjualannya adalah satu kesalahan dan mereka yang didapati bersalah menjual produk yang diharamkan boleh dikenakan denda sehingga $5,000 (RM15045.46) atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan itu, kementerian kesihatan berkenaan menasihati orang ramai yang telah membeli produk berkenaan supaya berhenti daripada menggunakannya dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami tindak balas yang tidak diingini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment