Get paid to share your links!

Tuesday 2 February 2016

Rita Rudaini bakal tamatkan zaman solo?



KUALA LUMPUR: Dua kali rumah tangga yang dibina bersama insan tersayang berakhir tanpa penamat yang indah. Malah, kemelut rumah tangga keduanya bersama bekas suami, Aidil Zafuan paling mencuri perhatian terutama kisah turun naik Mahkamah Syariah yang bagai tidak berkesudahan. Pendek kata, ibu tunggal kepada Airit Rayyan Rizqin yang berusia enam tahun dan seorang lagi cahaya mata berusia empat tahun, Airit Qaqa Arjuna ini terus menjadi perhatian ramai. Rita pernah mengakui selepas dikecewakan, hatinya tertutup untuk berkahwin lagi. Baginya, soal kahwin bukan lagi keutamaan. Sebaliknya, Rita mahu membesarkan anak dengan menyara hidup hasil daripada kegiatan seninya. Namun, itu dulu. Hati manusia sentiasa berubah dengan pendirian berbeza. Melihat perkongsian aktres jelita ini pada laman Instagram sejak seminggu lalu, nampaknya, prinsip hidupnya yang selama ini enggan menagih cinta sudah menjadi sebaliknya. Jelas, Rita sedikit demi sedikit terbuka berkongsi kisah di sebalik kamar hati yang bagai sudah mula diketuk orang. Bagaimanapun, identiti jejaka terbabit masih menjadi tanda tanya. Rita, ketika diusik BH Online mengenai kemungkinan bakal menamatkan zaman solo tak lama lagi, hanya memberi senyuman penuh makna. "Sampai waktunya, saya akan bercerita," katanya. Sementara itu, semakan pada laman Instagram pelakon jelita ini memperlihatkan wanita ini bagai sedang asyik dibuai cinta. Keterangan gambar seperti 'Kamu yang ku tunggu'; 'Cinta datang dengan senyuman'; 'Perkara yang terbaik berlaku tanpa diduga' dan 'Saya tak berniat untuk jatuh cinta lagi tetapi kamu memudahkan semuanya' yang dilengkapi foto cukup membayangkan emosi yang dilalui Rita ketika ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104959

Saudi tawar ganjaran RM7.74j 2 FEBRUARI 2016

Kesan kemusnahan di dalam masjid yang menjadi sasaran pengeboman di Abha, barat daya Saudi pada Ogos lalu


RIYADH - ARAB SAUDI. Kerajaan Arab Saudi menawarkan ganjaran sebanyak AS$1.86 juta (RM7.74 juta) kepada mana-mana individu yang membantu kerajaan menggagalkan serangan ganas di negara itu.
Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan kerajaan juga menawarkan AS$266,000 (RM1.1 juta) kepada individu yang mendedahkan maklumat lokasi persembunyian pengganas.
Pengumuman itu dibuat selepas kementerian tersebut membongkar identiti suspek terlibat dalam insiden pengeboman masjid yang turut meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa di bandar Abha, wilayah Asir pada 6 Ogos lalu.
Difahamkan, seramai dua suspek telah diberkas dan pihak berkuasa kini sedang memburu sembilan lagi individu selain turut menawarkan ganjaran AS$1.33 juta (RM5.53 juta) kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penangkapan mereka.  - al-Arabiya

Sunday 24 January 2016

Brunei telah mengharamkan penjualan dua produk keluaran Qu Puteh kerana didapati mengandungi bahan berbahaya.




PETALING JAYA: Brunei telah mengharamkan penjualan dua produk keluaran Qu Puteh kerana didapati mengandungi bahan berbahaya.
Dua produk berkenaan adalah krim kosmetik pemutih Qu Puteh Pro 9 dan kosmetik Qu Puteh Whitening UV Block didapati mengandungi raksa (merkuri)
Memetik laporan portal The Brunei Times, kementerian kesihatan negara itu menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah membuat ujikaji terhadap produk tersebut menerusi Bahagian Kawalan Kualiti Dadah di bawah Jabatan Perkhidmatan Farmasi.

Raksa, bahan yang diharamkan dalam kosmetik, boleh menyebabkan ruam kulit, kehilangan ingatan, lemah otot dan kerosakan kepada otak dan buah pinggang.
Kementerian itu turut memberi amaran kepada mereka yang terlibat dalam penjualan produk itu termasuk peruncit dalam talian bahawa penjualannya adalah satu kesalahan dan mereka yang didapati bersalah menjual produk yang diharamkan boleh dikenakan denda sehingga $5,000 (RM15045.46) atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan itu, kementerian kesihatan berkenaan menasihati orang ramai yang telah membeli produk berkenaan supaya berhenti daripada menggunakannya dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami tindak balas yang tidak diingini.

Tuesday 12 January 2016

Nora Danish Difitnah Menjadi Punca Keretakan Rumah Tangga Fasha, Jejai


Nora Danish Difitnah Menjadi Punca Keretakan Rumah Tangga Fasha, Jejai


Pelakon Nora Danish nafi menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Fasha Sandha dan suami, Jejai.

Malah Nora tidak menolak dia menjadi mangsa terbaru fitnah tersebut, Nora mengakui agak terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai punca dalam kemelut masalah rumah tangga pelakon itu dan Jejai ketika ini.

“Tidak sepatutnya saya dilibatkan. Sebabnya tidak ada kena mengena dengan saya. Saya memang terkejut apabila isu ini timbul dan membabitkan nama saya pula.

“Tetapi apa boleh buat. Apa sekalipun tuduhan orang, saya sudah kuat untuk melaluinya,” katanya.

Selebihnya, selebriti itu enggan mengulas lanjut memandangkan dia juga telah dinasihatkan oleh peguamnya untuk tidak terlalu terbuka dalam memberi komen mengenai isu tersebut.

Jelas Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif, 34, sehingga hari ini dia sudah dinasihatkan peguamnya untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan memandangkan pihaknya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Selanjutnya, maaf saya tidak boleh komen banyak tentang soal rumah tangga mereka. Saya sudah diberitahu peguam untuk berdiam diri sahaja.

“Walau bagaimanapun, nantikan sahaja apa yang sudah dirancang oleh pihak saya dan ini akan melibatkan saluran undang- undang,” katanya yang menolak akan menyaman mana-mana pihak.

Sementara itu, pergolakan rumah tangga Fasha terus hangat diperkatakan apabila sebuah portal hiburan baru-baru ini menerbitkan kisah tersebut, seolah-olah mengesahkan berlakunya sesuatu yang tidak elok dalam rumah tangga mereka.

Sumber yang dipetik oleh artikel berkenaan memberitahu, Nora dan salah seorang ahli keluarga Jejai dikatakan terus memburukkan Fasha sehingga menyebabkan hubungan pelakon itu dengan keluarga mertuanya kekal bermasalah. 

Padah Ponteng Tuisyen

Padah Ponteng Tuisyen



SIBU - Seorang lelаkі bеrumur 27 tаhun dіtangkap рoliѕ ѕеlеpaѕ dіsуаki merogоl sеorang gаdіs bаwаh umur dі dalаm ѕеbuаh keretа, baru-baru ini.Keјаdiаn tersebut diрerсауаi bеrlаku аntarа jаm 7 mаlam hіnggа 8 mаlam kеtіka mangѕа berumur 15 tahun dіkatаkаn роnteng kеlаs tuіѕyen untuk berjumpа dengan sеоrаng lеlaki уаng bahаru dіkenalinуa di sebuah puѕat sіber lewаt tahun lepaѕ.
Tеrdаhulu, baрa mangsa mеnghаntar anаk gаdisnyа kе рusat tuiѕуеn itu, namun sebаik sаhaja baраnуа berеdar dari situ, mаngѕa dіpеrсаyai berјumра dеngan ѕuѕрek уang ѕedаng mеnаntіnуa dі bahаgіаn bеlаkang pusat tuiѕуen tersеbut.Difаhаmkаn, mangѕа bersеmbаng dengаn suѕpеk yаng kemudіan mengајаknyа mаsuk ke dаlаm kеrеta јеnis Tоуota Avаnza.

Suspеk kemudian membawa mаngѕа kе temрat laіn yаng tіdаk dapаt dipaѕtіkan sеbеlum bеrјаyа memuјuk mangsa untuk melakukan ѕеks di dаlam kerеta itu.Sеlepаs memuаskаn nafѕunyа, susрek telаh menghаntar mangsa kеmbаlі ke рuѕat tuіsуеn, tеtaрі mаngѕа bеrtukаr fіkіrаn dаn bеrjalаn kаki рulаng kе rumahnуa tіdаk јаuh dаri situ.

Difahamkаn, mаngѕа уаng serbа-ѕаlah telah mеmberіtаhu temаn lelakinуа yаng datаng ke rumаhnyа раdа mаlаm tеrѕеbut.Tіndakаn tersebut tеlаh mеmbuаt tеman lelаkіnуa marаh dan mеmаklumkan реrkаrа itu kеpadа bарa mаngѕа.Kеѕal dеngаn aрa уang berlaku tеrhadap anaknya, bapа mаngѕa tеlаh bеrtіndаk mеmbuat lароrаn рolis.

Pоliѕ уang dіmаklumkаn mеngеnaі keѕ terѕebut, bertіndak menсаri suѕреk dan bеrјауа mеnahаn ѕeorаng lelaki yаng tinggаl di Jаlan Lаdа, реtang kеlmаrіn.Turut dіrаmрaѕ іalah sebuah kеrеtа Tоуotа Avanzа.Pіhak роlіs forеnѕіk уang kеbеtulаn berаdа di ѕіni turut mеnјаlаnkаn реmеrіkѕaan terhadaр kеretа Avanzа tеrsеbut dі Balаі Polіѕ Sentral реtang kelmarіn.Susреk kіni dіtahan rеman sеlаma tuјuh hаri untuk mеmbantu ѕіaѕatаn lаnјut-

Perkahwinan Shaheizy Sam-Syatilla Melvin Februari ini ditaja RM25 juta

Perkahwinan Shaheizy Sam-Syatilla Melvin Februari ini ditaja RM25 juta

Perkahwinan Shaheizy Sam-Syatilla Melvin Februari ini ditaja RM25 juta
Majlis perkahwinan pasangan ini telah menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta dan sekali gus dilabel sebagai Wedding of the Year.
PELAKON Shaheizy Sam tampil mengumumkan tarikh pernikahannya dengan aktres Syatilla Melvin yang akan berlangsung pada 8 Februari ini.

Majlis perkahwinan pasangan ini telah menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta dan sekali gus dilabel sebagai ‘Wedding of the Year’.

"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu.

"Apapun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut," katanya seperti yang dilapor Harian Metro.

Tambah Sam lagi, jumlah tersebut termasuk barang kemas bernilai RM20 juta dan selebihnya melibatkan persiapan majlis seperti pakaian, dekorasi, pelamin serta cenderahati.

Pengumuman dibuat oleh Sam sendiri sewaktu sidang media khas yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara sebentar tadi.

Majlis nikah pasangan tersebut akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan disusuli dengan majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Manakala majlis resepsi  pihak lelaki pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur serta majlis meraikan peminat pada 20 Februari.

Hati Datuk Seri Vida terguris apabila disumpah dalam dialek Kelantan

Hati Datuk Seri Vida terguris apabila disumpah dalam dialek Kelantan

Hati Datuk Seri Vida terguris apabila disumpah dalam dialek Kelantan
Mengakui kadang kala dia merasa sayu mendengarkan cakap-cakap orang yang tidak suka dengannya, Datuk Vida yang berasal dari Machang, Kelantan ini terus tabah dalam melaksanakan niatnya. - Gambar Fail
PENGASAS produk Pamoga Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Vida menceritakan mengenai komen-komen yang diterimanya di laman sosial Instagram.
Antara komen yang paling teruk yang pernah diterima oleh Datuk Vida adalah sumpahan pengikut Instagram dalam dialek Kelantan.
“Antara komen yang paling mengguris hati saya adalah apabila ada pengikut di laman Instagram menyumpah saya menggunakan dialek Kelantan. Mungkin bagi mereka yang meninggalkan komen tersebut, ianya tidak kasar tetapi ada juga pihak yang merasakan ianya kasar.
“Apa yang boleh saya buat hanya menelan sahaja segala apa yang dikatakan oleh mereka. Saya memujuk hati saya sendiri dengan mengatakan yang mungkin mereka yang meninggalkan komen sedemikian rupa tidak faham dengan apa yang saya cuba juangkan,” kata Datuk Vida.
Mengakui kadang kala dia merasa sayu mendengarkan cakap-cakap orang yang tidak suka dengannya, Datuk Vida yang berasal dari Machang, Kelantan ini terus tabah dalam melaksanakan niatnya.
“Kadang-kadang, saya rasa letih dan sedih. Ada kalanya saya terasa hati. Tetapi, saya cekalkan diri kerana saya tahu perjuangan saya memang bakal melalui ujian sebegini. Saya cuma tetapkan niat saya yang satu iaitu mahu membawakan produk Pamoga Qu Puteh dikenali dan digunakan ramai orang di luar sana.
“Alhamdulillah, sekarang saya dapat rasakan impak positif atas apa yang saya lakukan. Mereka dah mula memahami cara pemasaran yang saya lakukan. Saya percaya jika dahulu ada yang menyampah dengan saya, pastinya lama kelamaan mereka boleh menerima dan rasa suka itu akan terbit sendiri,” kata Datuk Vida yang ditemui di majlis sidang media Konsert Mega Gegar Vaganza Istana Budaya (KMGVIB).
KMGVIB yang dipentaskan hasil kerjasama pihak Astro dan Istana Budaya ini dipancarkan khas oleh penaja utama, Pamoga Qu Puteh. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan penyatuan hebat bintang Gegar Vaganza musim pertama dan kedua di atas satu pentas pada 15, 16 dan 17 Januari ini!
Tiket untuk menyaksikan KMGVIB dijual pada harga RM89, RM189, RM239, RM349, RM399 dan RM899 (beserta hidangan cocktail). Mula dijual pada 7 Januari, tiket KMGVIB boleh dibeli menerusi laman web www.ticketcharge.com.my dan kaunter TicketCharge.